One Day, One Love (Part I)
"Ash..", sekali lagi aku tersedar daripada lamunanku. Wajah dihadapanku ditatap dengan asyik.
"Susah betul nak cakap dengan awak. Asyik mengelamun sahaja bila saya bercerita. Awak dengar ke tak apa yang saya cakap, ha?".
 Muka cemberut Iftiara itu ku tatap lembut tanpa ku sedari senyuman terukir.
 "Tengok tu, senyum pula. Awak ni sihat ke tidak?", lantas tangan putih Iftiara diletakkan di dahiku. Terasa darah menyerbu ke seluruh mukaku. Pantas aku menepis tangannya.
 "Erk..saya okeylah..cuma..", aku menggigit bibir. Alamak! Apa yang aku nak cakap ni? Takkanlah aku nak cakap yang aku terpegun tengok muka dia?.
 "Cuma apa, hurm? Ada awek baru ke? Sampai hati awak tak nak beritahu saya..", Iftiara memuncungkan mulutnya seperti anak itik yang comel.
 "Hisy, saya mana ada awek baru..merepek! Lagipun, saya kelakar tengok awak sebenarnya..", ayatku itu telah memancing Ifitara kearah rasa curiga dan ingin tahu.
 "kelakar tengok muka saya? Kenapa? Ada sesuatu pada muka saya, ke?", lantas Iftiara menyapu mukanya kalau-kalau terdapat sebarang kotoran atau kesan comot. Tingkahnya membuatkan ketawaku pecah.
 "Hahahahaha! Tak ada apa-apalah. Saya kelakar tengok muka awak sebab macam anak itik, tahu?". Kenyataanku telah menimbulkan kemarahan Iftiara lantas bahuku menjadi mangsa 'senjata ketam'nya. Terasa pedih dan panas serentak. Mukaku berkerut menahan sakit akibat tindakan tanpa lampu hijaunya itu.
"Aduh..sakitnya..", aku menggosok-gosok bahuku. "Haa..padan muka! Tak patut muka saya yang comel ni dikatakan anak itik, tahu? Jadi, rasakanlah..". Iftiara mencapai tas sekolahnya dan berjalan meninggalkanku yang masih kesakitan. Segera aku menyarung beg galasku dan mengejarnya dari belakang.
 "Hurm..Ara, Ara..", aku menggeleng kepala sambil senyuman mekar dibibirku. Iftiara? Aku dan dia memang telah lama berkawan sejak kecil. Aku sangat mengenali dirinya begitu juga sebaliknya. Namun ada sesuatau yang dia tidak tahu mengenai aku. Suka? Aku memang suka Iftiara dan itulah Iftiara tidak tahu mengenai aku. Mengenai perasaan aku terhadapnya. Aku mula suka kepada Iftiara sewaktu kami bersekolah rendah.

“hisy, mana papa ni? Dahlah hujan lebat ni”, omel Iftiara perlahan sambil memeluk beg sekolahnya. Kami menunggu di perhentian bas di luar sekolah.
 “Sabarlah Ara. Mungkin sekejap lagi ayah awak sampai”, ujarku sambil menepuk bahunya. Kami tinggal di kawasan yang berdekatan jadi aku selalu menumpang kereta papa Iftiara untuk pergi dan pulang dari sekolah. Lagipun, ibu bapa kami sudah berjiran dan berkawan lama.
“Hurm..saya laparlah..”, Iftiara menyebamkan mukanya ke beg sekolah. Aku menyeluk poket seluarku dan mengeluarkan sesuatu dan menghulurkan kepada Iftiara.
“Ara.. Ambillah..”, aku menghulurkan coklat Cloud Nine kepadanya.
“Wahh.. coklat! Terima kasih”, sepantas kilat coklat ditanganku disambar oleh Iftiara. Iftiara mula membuka plastik coklat itu dan memakannya dengan penuh nikmat manakala aku hanya memerhati gelagatnya. Kemudian, Iftiara tersedar dan berhenti makan.
 “Oh lupa pula..”, Iftiara mematahkan coklat itu menjadi dua dan menghulurkan kepadaku satu.
 “Eh, tak usahlah. Saya beri kepada awak”, aku menolak pemberiannya.
 “Hisy, ambillah. Mama saya kata kita kena hidup berkongsi lagi-lagi makanan. Tak adil makan sorang-sorang kalau orang lain tengok. Ambillah. Kita boleh makan sama-sama”, kata Iftiara sambil tersenyum. Akhirnya aku hanya mengambil tanpa berkata apa-apa. Kami menikmati coklat itu sambil memerhati hujan lebat yang turun mengalir mengikut aliran bumbung zink itu. Tiba-tiba muncul seekor anjing hitam bersaiz sederhana mendekati kami. Aku terkaku seperti patung sambil merenung anjing tersebut.
“Pssttt..Ara..”, panggilku perlahan sambil mengangkat kaki dan bersila di atas bangku.
“Apa? Erk..”, Ara juga turut tergamam dan bertindak sepertiku. Perlahan-lahan dia mendekatiku.
 “Macam mana ni? Saya takut anjing tu serang kita”, ujar Ara separuh berbisik sambil merenung anjing dihadapan kami. Aku memerhati sekeliling dan ternyata kami di dalam masalah yang besar kerana hanya kami di perhentian bas itu.
“Dalam kiraan tiga kita lari..”, ujarku dalam keadaan separuh berdiri kerana anjing itu sudah mula menghampiri.
“Lari ke mana?”, soal Iftiara takut.
“Tiga! Lari!”, aku melompat kemudian berlari sekuat hati manakala Iftiara tergamam di tempatnya. Aku menoleh kebelakang dan melihat anjing itu mengejarku dalam keadaan hujan lebat. Tanpa melihat ke hadapan, aku terhantuk pada pokok besar yang ada di hadapanku. Terasa darah mengalir didahiku.
“Da..darah..”, aku mulai longlai dan terduduk sambil memerhati anjing tersebut semakin mendekatiku. Saat mataku mulai kabur, aku terdengar suara Iftiara. “Jangan dekatinya!”, kemudian aku tidak sedar apa yang berlaku. Keesokannya, Iftiara melawatku di rumah dan menceritakan apa yang berlaku. Iftiara mengambil seketul lumpur yang dan membaling kearah anjing tersebut. Akibat takut, anjing itu pun melarikan diri manakala papa Iftiara sampai tepat pada waktunya. Iftiara mengangkat beg sekolah kami masuk kedalam kereta dan papanya membawaku balik kerumah untuk dirawat sebelum aku dihantar pulang ke rumah sendiri. Aku mula berasa malu dan mula mempelajari seni mempertahankan diri bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang lagi sekaligus ingin melindungi Iftiara.

 Luahan? Itulah masalah aku sekarang. Iftiara mempunyai prinsip yang teguh. Iftiara pernah kata bahawa dia tidak ingin bercinta dengan orang sebayanya. Iftiara pernah kata bahawa dia lebih suka bercinta dengan orang yang lebih muda atau tua daripadanya tetapi bukan sebaya. Nonsense! Tapi, apa boleh aku lakukan? Aku hanya mampu pendamkan sahaja apabila berdepan dengannya. Huh!

 “Ara, pulangkan semula komik saya la..”, rungutku apabila komik kegemaranku, Naruto dirampas oleh Iftiara sewaktu aku sedang asyik dalam dunia perlawanan Naruto.
“No way. Awak sengaja tidak mahu berbual-bual dengan saya tadi”, Ara memeluk tubuh sambil memuncungkan mulutnya.
 “hisy, saya kan sedang baca komik tu, memanglah saya tak boleh nak berbual-bual dengan awak”, balasku perlahan. Haih, siapalah yang mahu dengar kalau orang yang kita suka bercakap pasal orang lain? Memang terasa nak terbang duduk atas awan sorang-sorang tanpa diganggu.
 “Ala, saya nak berbual-bual dengan awak pasal…”
 “Pasal Raziq? Baik awak pergi pada geng fanatic Raziq tu”, aku memuncungkan mulutku kearah sekumpulan perempuan sorak kelab bola keranjang sekolah.
“Awak ni! Saya tak sukalah awak samakan saya macam diorang tu. Nah! Ambil semula komik buruk awak ni!”, Iftiara mencampakkan komik Naruto kepadaku dan berlalu keluar kelas. Aduhai. Kenapalah aku cakap macam tu dekat Ara? Hisy, bodohlah kau ni Ash! Aku mengetuk kepala ku sendiri. Aduh! Sakit pula. Aku menggosok pula kepala ku yang sakit diketuk oleh tangan sendiri tadi.

 Raziq. Seorang pemuda yang agak berada dan memiliki segala ciri-ciri yang disukai oleh ramai perempuan. Bahkan makcik tukang cuci kat sekolah ni pun obses dengan dia. Erk, memang betul. Dia juga merupakan kapten bola keranjang sekolah kami. Karismanya sebagai kapten memang tidak dapat disangkal lagi kerana setakat ini, sekolah telah memegang piala juara 3 tahun berturut-turut. Satu sahaja yang aku tidak suka dengan Raziq ni. Walaupun dia tua setahun daripadaku, aku tidak akan pernah memanggilnya dengan gelaran ‘abang’. Kenapa? Sebab perangainya yang angkuh menyebabkan aku hilang rasa hormat kepadanya. Sudah ramai rakan-rakan sebayaku dimalukan olehnya kerana faktor seperti hodoh, skema, kurang pandai, miskin dan sebagainya. Dia juga mempunyai sebuah kumpulan yang diberi nama ‘Galaxy’ ke apa aku tak ingat. Semuanya berperangai seperti dia. Hanya budak lelaki sahaja tahu perangai sebenar dia sebab dia akan berkelakuan hipokrit di depan kaum perempuan termasuklah Iftiara yang tertipu dengan personaliti ‘cool’ nya Okay, cukup pasal Raziq tu. Perut aku sudah memulas cerita pasal dia apatah lagi teringat pasal dia tu. Erk..

“Ara..”, panggilku perlahan namun tiada respons yang diberikan.
 “Ara..”, panggilku sekali lagi tetapi kali ini aku menarik beg yang disandangnya dari belakang. Langkah kaki Iftiara terhenti. Kemudian, dia menoleh ke belakang.
 “Hisy, jangan tarik beg sekolah saya boleh tak? Awak nak apa?”, Iftiara mengerutkan dahinya tanda masih marah.
“Hurm, saya nak minta maaf..”, ujarku perlahan sambil menunduk.
 “Minta maaf sebab apa?”, soal Iftiara keras.
 “Erk..pasal..ugh..pasal..”
 “Pasal apa? Sudahlah. Saya penat ni”, Ifitiara lantas meninggalkan aku yang masih tergagap-gagap.
 “Saya minta maaf pasal tadi. Waktu dalam kelas.. Pasal Raziq..”, suaraku mula mengendur tatkala Iftiara melangkah kearahku.
 “Haa.. pandai pun nak minta maaf. By the way, it’s Abang Raziq. Not Raziq only. Okay?”, aku hanya menganggukkan kepala.
“Sebagai balasan, petang ni awak kena bawak saya jalan-jalan naik basikal kesayangan awak, boleh?”, permintaan Iftiara seperti mencekikku dengan kuku panjang Pontianak. Dia tahu aku tidak suka bawa sesiapa pun dengan basikal kesayanganku tu walaupun dengan abangku.
“Boleh ke tidak?”, soal Ara sekali lagi membuatkan air liurku seperti tersekat di kerongkong.
“erk..boleh..”, aku hanya mengeluh panjang. Namun, aku kembali senyum saat melihat Iftiara tertawa gembira dan meloncat-loncat seperti kanak-kanak riang.
Meroyan
Meroyan? ye..aku memang tengah meroyan sekarang..hehe.. sebab apa? sebab BTS!!! Bangtan Boys!! Group tu buat aku meroyan hari demi hari! okay, rileks. aku takdelah obses sangat sampai tak ingat dunia. aku sedar masih berpijak di bumi yang nyata. ececehhxD.. seperti yang kpopers tahu, dalam group tuh ada 7 orang, right? hehe..antara 7 orang tu aku pilih j-harapan(jhope) n kim taehyung(V). sebab? tak tahu lah. yang aku tahu diorang memang awesome. seriously, sekarang ni kebanyakkan kawan aku yang unkpopers suka sangat update status tak kira kat facebook, wechat, twitter pasal masalah kpopers yang terlebih obses dengan artis pujaan kpop masing2. okay, serious aku sentap baca status diorang kay? LOL. tak semua kpopers obses terlampau dengan bias diorang. mana2 manusia yang berperangai begitu aku tak masuk campur.aku tak paham diorang benci sangat kpopers sampai keluar kata2 kesat sampai menghina. well hello! kpopers tak ada perasaan ke? by the way, semua orang ada minat masing2, right? tak perlulah sampai menghina. boleh je tegur elok2. nak nasihat pasal Rasulullah S.A.W dilupakan? maaf, kami tak seteruk tu. masih ada pegangan agama. okay, nasihat dengan carut dan makian amalan Rasulullah S.A.W ke? Nabi pun tahu tegur elok2. kepada unkpopers, sudah2 lah dengan rasa tak puas hati tu. tak payah nak over sangat tunjuk rasa tak suka. orang tak nak bagi perhatian pun. got to go~ #DEHET#
Result SPM 2013
Hola! kembali lagi dengan tarikh yang penuh keramat and mencabar untuk calon SPM 2013!! dan aku salah seorang daripadanya. 20/3/14 merupakan tarikh yang membuat air mata aku mengalir tanpa henti. dengan keputusan yang tidak seberapa aku masih mampu membanggakan mak dan ayah. 4A 2B 2D 1E. klakar betul. Alhamdulillah semuanya lulus!! aku masih nampak senyuman mak aku walaupun bukan seperti waktu PMR 2011. memang betul sangkaan ku bahawa semua cikgu disekolah hanya memandang rendah terhadap keputusan SPMku tidak seperti waktu PMRku. air mata aku mengalir tanda kegembiraan sekaligus menandakan kekecewaan yang teramat sangat! aku telah membuatkan semua orang meletakkan harapan yang tinggi untuk keputusan SPMku. apa boleh buat, memang takdir yang menentukan nasib. walau apapun, aku masih bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meneruskan cita-citaku yang masih samar. aku pun tak pasti ingin meneruskan pelajaran dalam bidang apa lagi. aku masih buntu dan keliru. syukur kerana masih ada rakan sekelasku yang boleh mencapai straight As dalam SPM. sekurang-kurangnya, sekolah aku tak perlu menanggung malu dengan sekolah lain. anyway, aku akan buktikan bahawa aku boleh buat lebih baik untuk masa yang akan datang. ------
NIGHTMARE!
malam tadi aku mimpi teruk pasal perkahwinan yang tak sepatutnya!!
tak boleh!! tidak!! takkan!! aku mimpi yang bakal laki aku berkahwni dengan orang lain!


tidak! perempuan tu tak la cantik sangat tapi dia tu peramah dan baik. muka dia cam negro sikit. dia jumpa dengan bakal laki aku  masa pertandingan mencari bakat buat lagu BAP -RAIN SOUND-. aku tengok dalam tv bakal laki aku jadi juri. dan dia pilih seseorang perempuan macam negro bernama Anang Julatte. aku tak tau kenapa aku mimpi macam tuh! dan masa wartawan temu bual dengan bakal laki aku dan tanya siapa yang dia pilih dan terus terang dia pilih perempuan tu!
lepas tu, keluar rumors yang diorang tengah hangat bercinta dan nak kahwin!
oh tidakk! masa diorang kahwin,aku ada kat sana dan nampak perempuan tu memang rapat sangat dengan ahli-ahli BAP yang lain! aku hanya tengok dari jauh masa diorang naik pelamin!
then, diorang dapat anak lelaki 2 orang ikut muka perempuan tu dan mata diorang ikut bakal laki aku! diorang jalan-jalan kat sunway lagoon Malaysia. aku jadi wartawan dan interview diorang. pergh! nampak bahagia sangat diorang! aku siap main dengan anak-anak himchan! OMG! aku rasa nak nangis melihat kemesraan himchan dengan perempuan tuh! aduss!
masa mata aku tertancap pada mata himkchan, tetiba aku tersentap dan terus bangun daripada tidur yang mengerikan tuh! aku cuma berharap yang perempuan dalam mimpi tu aku, AZILA ZAMRI! bukan anang julatte! aku harap aku dapat anak kembar dengan himchan! aku memang berharap yang mimpi tu tak betul!
haih...
BAP comeback
huisy.. tak sabar nak tengok BAP buat 'comeback'. tak kenal BAP? owh.. kpopers sahaja yang tau. non-kpopers hanya akan tahu kalau pernah tengok siapa BAP ni.

ini adalah antara gambar-gambar BAP yang nak buat comeback 15.01.2013 :


kat atas ni my husband-be..cewwah..berangan jap


mamat kat atas ni pulak sebaya aku..kawan rapat lain sekolah..hehehe..prasan sikit



     aku paling suka tengok mata mamat ni.. memukau, suara dia menggugurkan jantung aku bila nyanyi not tinggi
What My Heart Tells Me To Do
Did you hurt a lot, or were you too exhausted?
Did I put you through a lot of difficulty?
I'm getting used too used to the love received and I think I only knew me
I know your feelings, I do know. I know your love and I know it well,
but I don't think its my heart
Its what my heart tells me to do which makes it even more hurtful
I love you, but I have to part ways with you
Thanks for loving me and I'm sorry again
I'm insufficient but forgive me for leaving you
I'm sure I'll be heartache from time to time, even regret it
But I'm not going to show it, even if I shed my tears
You can curse me all you want, since that'll be easier for me, I think
I won't give a pitiful explanation
since I can't either because I'm worth only this much
The plethora of love songs that reach a sad break up
I listen in thinking of you and confess inside my heart
You probably remember
Where will you and I be when we look back on our story of each other?
Will we be in another love forgetting one another already?
Or will I be blaming my heart?
Will it be alright to do exactly what the heart tells one to do?
Thanks for loving me and I'm sorry again
I'm insufficient but forgive me for leaving you..

Menyambut Janji
Ku menanti sang kekasih
Dalam sunyi ku bersuara lirih
Yang berganti hanya buih
Yang sejati tak akan berdalih
Lembaran putih telah terpilih
Dan demi cinta

Ku tepiskan semua keraguan jiwa
Dan ku ganti dengan kepastian
Hatiku ini yang mulai mengerti
Dan berani tuk menyambut janji

Kisah cinta yang abadi
Takkan ada jika kau tak cari
Sering juga hanya mimpi
Yang membuatku bertahan disini
Lingkaran putih telah terpilih
Dan demi cinta

Ku tepiskan semua keraguan jiwa
Dan ku ganti dengan kepastian
Hatiku ini yang mulai mengerti
Dan berani tuk menyambut jajni

new past