Suaramu Nyanyianku

       Kringg!!! loceng sekolah berbunyi menandakan sesi persekolahan tamat..Ternyata loceng sekolah memang ada kuasa yang luar biasa untuk mengawal semua pelajar..hahahah..mengarut betul..Memanglah, semua pelajar dah boleh balik rumah..Mungkin ada yang rancang nak tengok rancangan tv kegemaran, nak tolong ibu dan ayah, lepak dengan kengkawan, n mcam-macam lagi..Biasalah, zaman remaja..
       Hai..aku Yui, pelajar gred 3 di Sekolah Tinggi Onawa..Aku seorang remaja yang meminati sesorang penyanyi yang bernama Ash..Ash ialah seorang penyanyi yang berbakat, kacak dan juga mempunyai suara yang lunak yang mampu memcairkan hati semua wanita yang mendengarnya..Dan aku adalah salah seorang wanita yang akan lemah sendi tulang walaupun hanya dapat berjumpa dengan Ash di dalam tv..uhuk..
hahahah..tetapi peristiwa 3 tahun yang lepas telah menghilangkan senyuman Ash yang menawan..Teman wanita Ash maut dalam kemalangan jalanraya yang melibatkan di antara lori dan kereta..
      Sejak itu, tiada lagi senyum tawa yang terpancar daripada muka Ash..(kesian)..Namun, ia tidak mematahkan semangat Ash untuk terus maju dalam indusri muzik..Ash sering melakukan yang terbaik dalam persembahannya untuk para peminatnya..(aikk?? panjang lebar pula pasal Ash)..Berbalik kepada baru pulang sekolah..Aku sering berbual dengan rakan-rakanku tentang pelajaran n x kurang juga pasal Ash..hehehe(berangan jap) Sedang rancak berborak, tiba-tiba kami ternampak sekumpulan orang ramai sedang berkerumun.."eh. Hanaka, ada apa tu ek??" (Hanaka-salah seorang kawan aku yang paling rapat)
"enthlah..tapi macam..Eh? itu macam Ash la Yui" Apa? x mungkin itu Ash..Alamak aku akan pengsan la nampaknya.."Yui, jom...Aik? mana pula minah ni? hah? dah ada kat sana? binawe punya budak"
      Aku hanya membatukan diri di belakang para peminat yag mengerumuni Ash.."hoi budak!!"..fulamak!! terkezut aku dibuatnya.."apa kene dengan ko ni Hanaka?"..aku memandang Hanaka sambil menjungkitkan kening(walawei..dah macam the rock pulak).."yela..ada ke patut ko tinggalkan aku sorang-sorang??..x patut betul.." Aku menggaru kepala aku yang tidak gatal ala beruk yang pelik nampak bunga.."ala..sorilah kawan..aku terpegun nampak Ash la..aku pon x sedar aku dah ada kat sini..mintak ampun tuan puteri" kataku sambil menyusun 10 jari ibarat dayang menhagdap tuan puteri..hhahaaha..kelakar pulak rasanya..
"yela2..Beta ampunkan kamu..hisy..dahlah..jangan begurau lagi..Hah!! Yui, pangeran hati kau Ash tu dah nak balik..cepatla panggil dia.." aku terkejut "hah?!!"  "erm..Ash!!"..Aku tidak sedar ramai mata yang memandang aku..Ash pon nampak terkejut dengan pekikan yang menyebut namanya..mata kami bertentangan..Fulamak! macam laser yang memancar ke dalam mata aku..perghh..cair beb..Dengan muka yang tenang Ash pon berkata "saya nak awak jadi asisstant saya"..apa?? dia nak aku jadi asisstant dia? biar betul!!
     “hisy ko ni!! x kan lah dia nak amek ko jadi assistant dia kot..cuba pikir logik sikit” terhenti lamunan aku akibat disiku oleh Hanaka. Masih terngiang-ngiang lagi ucapan Ash dalam telinga aku.. “saya nak awak jadi assistant saya..” perghh..kalau lah jadi kenyataan.heheh.. “woi!! Isy budak ni mengelamun je” sekali lagi aku terkejut dengan pekikan Hanaka. “hisy ko ni..a’ahlah, x mungkin dia nak amek aku jadi assistant dia. Yela, aku kan peminat dia, mesti dia kata macam tu sebab nak jaga hati peminnat dia kot, kan?” erm..kalau aku jadi pun apa salahnya..heheh..berangan lagi aku ni..
“terima kasih cikgu” tamatlah sesi persekolahan aku hari ni. Aku cadang nak pergi tengok wayang dengan Hanaka memandangkan esok dah bermula cuti musim panas.
“wahh!!” aku dengan Hanaka hampir-hampir terjatuh akibat dilanggar oleh sekumpulan perempuan yang seperti mengejar sesuatu dan berkumpul didepan pintu pagar sekolah. “ada apa tu ek?? jom tengok” sepantas kilat Hanaka menarik tanganku. Pergh budak ni kalau aku tersungkur, x ke bibir aku yang seksi ni tercium lantai jalan..isy3..
      Sekali lagi aku terkejut. Rupa-rupanya Ash yang berada dihadapan pintu pagar sekolah. Aku nampak Ash seperti menunggu seseorang.Haisy, x kanlah aku kot..hehe..berangan lagi.. “awak!!” semua mata yang memandang tertumpu ke arah aku yang terpinga-pinga. “ye awak, ingat x apa yang saya cakap semalam?” kata Ash sambil matanya tajam merenungku. “hah? ye.. sa..ya.. ingat” terketar-ketar aku menjawab sambil membalas renungan Ash itu. “baiklah, mulai hari ini awak dah boleh mula kerja untuk saya” apa??!!! Adakah ini mimpi??  Inilah permulaanku..
     “hei awak angkatkan barang-barang saya” perghh..dia piker aku ni kuli batak dia ke?? Adoii.. “sebagai assistant saya,awak kena buat apa yang diarahkan oleh saya, faham x?” walaweyh..ni bukan dah masuk taraf hamba ni. Ni dah melampau.. mak!! Nak balik!! X nak kerja lagi!! “wei! Faham x? berangan je” “hah? ye saya faham” terkejut aku. Tak sangka aku ni perangai zionis Ash. Tapi, aku rasa gembira dan bahagia bila berada di samping Ash disamping menyokong dia sewaktu dia melakukan persembahan. “Tahniah Ash” kata ketua krew, En Hongo diselangi dengan tepukan krew-krew lain. Kami membuat sedikit jamuan untuk meraikan Ash. “persembahan awak kali ini lebih mantap dan mendapat sambutan yang hangat” sambung En Hongo. “ala, saya biasa-biasa je. Lagipun saya ada tiang penyokong yang kuat” katanya sambil memandang ke arahku. Aku hampir tersedak jus ketika mendengar kata-kata Ash sambil membalas renungan Ash. Fuhh.. hati aku berdebar-debar beb..
       Setelah bersurai, aku ternampak Ash sedang berlatih menyanyi didalam bilik persediaan. “masuk jelah..x payanh nak mengintip aku macam kau ni paparazzi” tersenatk aku dibelakang pintu menyebabkan kepalaku terhantuk pintu di hadapanku. Adoi!! Sakitnye.. Ash gelak kuat-kuat semasa terlihat aksi aku tadi.pergh mamat ni nak kena ni.. “awak apa ni?” kataku sambil menunjuk ke arah bajunya. “apa? Ada apa?” tokk!! Yes!!..sasaran mengena! Aq terus melurukan jari telunjukku ke hidungnya dan jentik. Hahaha! Itu balasan sebab gelakkan orang. “Adoi!! Sakitlah. Apa main jentik-jentik ni!!” kata Ash sambil mengusap hidungnya yang merah. Pergh, kuat juga aku jentik. Tapi x pe, asalkan dendamku terbalas buahahahahaha!!(gelak jahat) “owh.. awak kenakan saya ye. Hah!! apa kata kita main playstation. Kita tengok siapa yang kalah  hidungnya dijentik oleh pemenang. Amacam?”kata Ash mencabarku.“ okey, no problem”balasku dengan jelingan tajam.
        Sudah 3 kali pusingan Ash menang dan hidung aku dah merah sebab dijentik oleh Ash. Pergh, x de belas kasihan langsung mamat ni. Ash pula x habis-habis dengan gelak dia yang mengalahkan orang kat hospital gila. Hisy, menggerunkan. “dahlah, x nak main lagi habis hidung saya sakit ni” “hahaha. Padan muka awak”. Kemudian, kedengaran suara En Hongo memanggil Ash. “Kali ni saya menang” kata Ash kepadaku sambil menunjukkan ibu jarinya. Walaweyh, menyakitkan hati betullah mamat ni. Lain betul perangai dia dengan style dia masa kat atas pentas, tak matang langsung!! “Yui..” panggil kak Nami(salah seorang krew). “ye kak” balasku kehairanan. “hurm.. akak tengok kebelakangan ni Ash sering ceria dan ketawa sejak kamu bekerja dengan dia” “apa maksud akak Nami”tanyaku sambil membuat style ‘the rock’. “yela..sebelum kamu ada, dia asyik muram dan termenung je” hah? yeke? “kamu tahu pasal kes kematian teman wanita Ash 3 tahun yang lalu? Tanya kak Nami. “hah? saya tau tu. Tapi x tau betul ke x. kenapa dengan kes tu?” tanyaku sambil merenung kak Nami. “sebenarnya, betullah kes kematian tu. Sejak itulah Ash sering muram dan murung”. Owh..baru sekarang aku tau kenapa setiap kali Ash membuat persembahan di atas pentas dengan bersemangat tapi aku masih dapat menangkap rasa sedih dan kesepian dalam matanya. Selang beberapa minit, Ash datang dan mengarahkanku untuk mengemas semua barang-barangnya. Walaweyh, bersepah barang dia dalam bilik persediaan ni... Kedengaran Ash sedang mandi. Baiklah, aku mula mengemas dengan secepat yang mungkin semasa Ash sedang mandi. Eh? Apa ni? aku ternampak telefon bimbit Ash di atas meja semasa mengemas. Nampak macam dah rosak tapi..eh? video perakam suara? Aku mula menekan butang ‘open’ di telefon bimbit tersebut dan kedengaran suara perempuan. Hah?! suara perempuan tu macam suara aku, mungkinkah perempuan tu.. “apa kau buat ni?” telefon bimbit yang ada ditanganku di rampas oleh Ash yang tetiba muncul dibelakangku yang hanya bertuala dan berambut basah!! “hah? erm..suara perempuan tu..dia teman wanita awk yang dah..” “kau x payah nak masuk campur urusan aku. Buat je kerja kau” muka Ash nampak sangat tegang ketika menghantarku pulang ke rumah. “terima kasih dan…selamat malam” kataku kepada Ash sambil senyum namun reaksi Ash menghampakanku kerana sebaik je aku tutup pintu, Ash terus berlalu meninggalkanku tanpa aku sempat menghabiskan ayatku. Suara perempuan yang berada dalam perakam suara telefon bimbit Ash msih lagi terngiang-ngiang.
       Hari ini merupakan hari kelima aku bertemu dengan Ash. Kelakuannya seperti biasa dan sentiasa tersenyum. Erm, x de apa-apalah tu. Aku masih lagi teringat kata-kata Ash “kau x payah nak masuk campur urusan aku. Buat je kerja kau” “Yui..” aku tersentak ketika En Hongo memanggilku. “ya, En Hongo”. “tolong panggilkan Ash, lepas ni dia kena bersiap sedia untuk persembahannya”  “baiklah En Hongo” kataku sambil berlalu pergi. Tok! Tok! “Ash” senyap sahaja. Setelah ketuk beberapa kali dan tiada sahutan kedengaran, aku membuka pintu bilik persediaan dan kelihatan Ash seperti bercakap dengan seseorang di telefon bimbit. Bukan! Dia sedang mendengar perakam suara telefon bimbitnya yang mempunyai suara perempuan itu. Pada masa itu, muka Ash kelihatan seperti sedih dan pandangannya sayu. Tanpa aku sedar, aku menyentap tombol pintu dengan kuat sehingga menyebabkan Ash terkejut dan berpaling kepadaku. “kenapa x ketuk pintu dulu?!” “hah?! erm..saya..dah..ke..tuk pintu tadi te..tapi awak x dengar” terketar-ketar aku menjawab soalan Ash. “Lagipun saya datang sini sebab En Hongo suruh sebab awak kena bersiap sedia untuk persembahan seterusnya, Ash”. Ketika aku aku ingin melangkah pergi, tanganku tiba-tiba ditarik dari belakang dan aku sudah berada dalam dakapan Ash. Aku tersentak dan kaku. “tolong..tolong panggil nama saya sekali lagi” lembut suara Ash menyapa telingaku. “tolonglah panggil nama saya sekali lagi” Ash mengulangi permintaanya apabila aku tidak memberi respons. “Ash!!” suara En Hongo memanggil dan Ash meninggalkanku dalam keadaan terpinga-terpinga. “apa yang berlaku tadi?”
      Sudah seminggu sejak aku berhenti menjadi assistant Ash dan, cuti musim panas juga sudah berakhir. Ramai kawan-kawanku bertanya tentang Ash dan jawapan aku tetap sama “tak ada apa-apa yang menarik, aku dah berhenti jadi assistant dia”. Ramai juga yang merungut “kenapalah kau berhenti? Kalau aku, x kan lepaskan Ash walaupun aku jadi assistant dia” huh! Hanaka pun cakap benda yang sama. Pening kepala aku tapi, aku rindukan Ash. Dia sihat ke? Ceria macam selalu ke?. Dan selama 5 hari ni konsert Ash asyik dibatalkan dengan alasan Ash tidak sihat, Ash kehilangan suara, Ash menghilangkan diri. Argh!! Ni semua salah aku. Kalau aku x buat keputusan terburu-buru, perkara ni x kan berlaku. Ash, aku minta maaf. Malam itu juga aku buat keputusan untuk berjumpa dengan Ash. Setelah aku sampai ke kediaman Ash, aku lihat rumahnya gelap dan seperi tiada orang. Aku pun pulang ke rumah dalam keadaan yang hampa. Semasa dalam perjalanan pulang, aku terserempak dengan 2 orang lelaki mabuk dan mereka meyapaku “cik, sudi x kalau cik duduk dengan kami? Hahahah!!” “cik ni cantiklah” kata mereka lagi sambil cuba memegang tanganku. “apa ni?! aku bagi penyepak kang!!” “huisy..garangnye..takutnye..marilah sini” tanpa sempat aku berbuat apa-apa tanganku sudah berada dalam genggaman dua ekor mangkuk ayun ni. Apa lagi? Aku pun menjeritlah sekuat-kuat hati mintatolong tapi x de orang pun yang lalu tengah-tengah malam ni. “ ala..cik adik ni jerit perlahan sangat la..jeritlah kuat lagi..lagipun malam-malam macam ni x ramai orang guna jalan ni..haahahahaha!!”. aku rasa macam nak nangis dan berharap ada orang selamatkan aku daripada 2 ekor mangkuk ayun x guna ni!!. “woi!!” kedengaran suara yang sangat aku kenal. “lepaskan perempuan tu” sambungnya lagi. “ala..kau sape? X payah nak jadi herolah..” kata mangkuk ayun 1. “entahnya..x payah nak sibuk” sambung mangkuk ayun 2. “lagipun kitorang x kan lepaskan…” tanpa aku sedar 2 mangkuk ayun tu dah tumbang kene belasah dengan mamat tu. Keadaan nampak samar kerana aku mata aku berair akibat menangis. “Yui..” hah? Ash ke?. “Ash.. awak pergi mana?”Tanya saya sambil menangis. “saya nak pergi jumpa awak tapi mak awak kata awak pergi rumah saya. Awak buat apa ni? bahaya perempuan macam awak keluar malam-malam” kata Ash sambil merenungku. “saya nak jumpa awak..saya nak minta maaf”kataku. “dah, jangan menangis..” kata Ash sambil mendakapku. “lagipun, muka awak macam alien kalau awak menangis, buruk betul”. “ hisy..awak ni jahat lah Ash..ada ke patut awak cakap muka saya yang comel ni macam alien?” kataku sambil pukul Ash. “hahaha..saya gurau  jela..itupun nak marah” kata Ash lagi setelah mengesat air mataku dengan jarinya yang runcing.
         Malam itu Ash menghantar aku pulang ke rumah dengan menggunakan keretanya. Sepanjang perjalanan ke rumahku, Ash menceritakan tentang teman wanitanya. “memang betul tentang khabar angin yang menceritakan tentang kematian teman wanita saya” kata Ash. “jadi awak memang sayangkan dia?” tanyaku. “iye, hanya dengan mendengar suaranya sudah cukup membangkitkan semangat dan keyakinan saya untuk meneruskan hidup dan membuat persembahan yang terbaik” sambung Ash. Kata-kata Ash yang mendalam membuatkan aku berasa cemburu dengan teman wanitanya itu. Haih, kan bagus kalau akulah jadi teman wanita Ash. “kebetulan saya bertemu dengan awak dan tatkala awak memanggil nama saya, ia mengingatkan saya kepada teman wanita saya. Suara awak memang mirip suara ‘dia’..” sambung Ash. “owh..jadi sebab itulah awak menjadikan saya assistant awak, hanya kerana ingin mendengar suara saya yang mirip suara teman wanita awak? Supaya awak lebih bersemangat dengan adanya suara saya yang mirip suaranya? Macam itu?” kataku. “ye, kalau boleh saya nak dapatkan muka dan suara yang mirip macam dia tapi..alih-alih saya jumpa awak, x dapat muka macam dia tapi suara macam dia pun jadilah..” kata Ash seolah-olah menyindir aku. “owh..awak nak kata muka saya ni tak cantik macam dialah ni? jangan nak pandang rendahlah. Mak saya kata muka saya mirip muka mak saya waktu zaman mudanya dulu sampai emua jejaka tergila-gilakan mak saya tau.” Balasku dengan perasaan tidak puas hati. Kereta yang dipandu Ash berhenti menandakan kami  sudah sampai dirumahku . “lagipun, muka awak tu bukannya kacak sangat.”sambungku lagi. “oh yeke?” kata Ash sambil menghampiriku. Semakin lama semakin dekat hingga aku boleh mendengar degupan jantung Ash dan deruan nafasnya. “Ash.. apa yang awak nak buat ni?” soalku dengan keadaan kaku. “kenapa? Awak takut eh?”. Wahh.. senyuman dan lirikan mata Ash memang mengancam. Tangan Ash sudahpun menyentuh daguku dan mata kami saling bertentangan. Aku memejam mata dan menunggu apakah reaksi Ash yang seterusnya. “Yui..” Ash memanggilku. “ye” aku terus membuka mata dan wajah kami sangat rapat. “sebenarnya..ada hingus awak yang meleleh..”. Kata-kata Ash membuatku berasa malu dan menyebabkan tanganku pantas mengelap ‘hingus’ yang dikatakan oleh Ash. “isy..mana ada..awak tipu saya!!”. “hahaha..memang sya tipu awak pun” ketawa Ash semakin menyakitkan hatiku. Aku lantas membuka pintu kereta untuk keluar namun, tanganku pantas ditarik oleh Ash dan sekali lagi aku berada didalam dakapan Ash yang hangat. “saya..suka.. awak..pengakuan ni bukan tipu..saya betul-betul sayang dan sukakan awak..jadilah penyokong dan suara saya buat selama-lamanya..” kata-kata Ash membuatku terkaku. “saya pun sukakan awak..Ash”. air mataku mengalir hangat jatuh ke pipi tatkala aku mengucapkan kata-kata tersebut.
      “biar saya yang tolong angkatkan beg berat tu” kata Ash menolongku. Sudah seminggu kami bergelar ‘kekasih’. Aku sangat bahagia disamping Ash yang kadangkala sering mempersona dan kadangkala tingkahlakunya membuatku pening kepala. Dan kini, Ash telahpun melancarkan album barunya yang bertajuk ‘Suaramu Nyanyianku’ yang liriknya dicipta khas untuk aku. Terima kasih Ash..



        

p/s : maaf diatas segala kekurangan yang ada.. terima kasih kepada sesiapa yang membaca ..anda boleh tinggalkan komen dibawah..

new past